Kelas Asas ICT: Pengenalan Kepada Internet, Email, Online Shopping & Tayangan Video KDB Sesi Disember 2019 (Sesi I)

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Pengenalan Kepada Internet, Email (gmail.com) dan shopping online (shoppe.com) serta Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:30 hingga 12.30 tengahari. Kelas ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang berumur antara 11 hingga 40 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, dan lepasan STPM serta bekerja sendiri. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
• Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
• Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
• Mempelajari cara membuat pembelian secara online melalui online shopping.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali